(FOTO FAIL)
KUALA LUMPUR, 20 Julai - Aspek pemilihan melibatkan kecekapan,pengalaman serta mutu kerja berkualiti perlu diambil kira majikan sebelum mengambil pekerja asing dari negara tertentu.
Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff berkata ia memandangkan pengurusan tenaga buruh amat penting dan perlu dititikberatkan para majikan.
Selain ianya juga mempengaruhi kelancaran projek dan sesuatu perkhidmatan.
Secara keseluruhan, pihak majikan menyambut baik saranan Perdana Menteri,Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar majikan mempertimbangkan pengambilan pekerja asing dari negara sumber yang diluluskan dan tidak bergantung kepada negara sumber tradisi sahaja.
(Presiden Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM), Datuk Azman Yusoff (tengah))
"Kita menyahut seruan tersebut. tetapi kita perlu melihat keseluruhan aspek.perlunya untuk mempercepatkan proses pengambilan pekerja asing ini supaya dapat disegerakan kerana banyak industri terlibat, bukan hanya industri pembinaan, tetapi juga sektor perkhidmatan, pengilangan.
"Berkenaan isu kemahiran pekerja, pekerja Bangladesh dan Indonesia telah dilatih untuk industri pembinaan dan pengilangan, kita khuatir sekiranya dibuka kepada negara luar, pekerja asing perlu berhati-hati dari segi persediaan mereka dalam industri yang mereka ingin ceburi di Malaysia," kata beliau ketika dihubungi Berita RTM hari ini.
Azman turut menjelaskan keperluan pekerja asing sangat diperlukan bagi meningkatkan produktiviti syarikat sekali gus menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara.