(Foto BERNAMA)
KUALA TERENGGANU, 21 Mei- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyambut baik saranan Jabatan Perangkaan untuk memperluaskan lagi jumlah pasar tani diseluruh negara.
Bagaimanapun cadangan itu akan dikaji semula sebelum ianya dilaksanakan tahun depan.
Pemangku Ketua Pengarah FAMA, Abdul Rashid Bahri berkata kajian yang akan dibuat turut melibatkan kaedah bilangan penduduk, bilangan pasar raya dan daya beli penduduk di lokasi pilihan.
"Ketika ini terdapat lebih 200 pasar tani diseluruh negara.
"Kami mensasarkan penambahan 14 lagi pasar tani tahun ini.
"Pertambahan pasar tani ini untuk memastikan pengguna mendapatkan bekalan makanan mencukupi pada harga berpatutan," katanya kepada pemberita di sini.
(Foto BERNAMA)