fb fb fb fb fb

Lebih 2,393 hektar kawasan lapang diwarta sebagai kawasan hijau - Zaliha

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Julai- Lebih 2,393 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan sebagai kawasan hijau, setakat ini.

Daripada jumlah itu, banyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan manakala lebih 1,416 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.

"Taman Persekutuan Bukit Kiara, Taman Rekreasi Bukit Kerinchi, Taman Tasik Metropolitan Kepong, Taman Tasik Pudu Ulu dan Taman Tasik Titiwangsa juga merupakan kawasan lapang dan rekreasi di Kuala Lumpur yang diwartakan bagi kegunaan orang ramai," kata Zaliha di Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan wakil Batu, P. Prabakaran mengenai perkembangan taman awam dan hutan simpan di Kuala Lumpur.  

Seluas 68.26 hektar kawasan hijau di ibu negara telah diwartakan sebagai hutan simpan.

Ia melibatkan Hutan Simpan Bukit Nanas, Hutan Simpan Bukit Sungai Puteh, Hutan Simpan Bukit Sungai Besi dan Hutan Simpan Bukit Lagong.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM