fb fb fb fb fb

JENDELA: 11 menara telekomunikasi bakal dibina di Melaka

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan

ASAHAN, 16 Julai- Sebanyak 11 menara telekomunikasi akan dibina di Melaka menerusi Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) Fasa 2 yang bermula pada awal tahun ini.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital Negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, pelan itu yang menyasarkan 100 peratus liputan jalur lebar di kawasan berpenduduk juga dijangka akan siap secara berperingkat menjelang penghujung tahun 2025.

Selain itu, terdapat beberapa lokasi titik buta liputan yang memerlukan penambahbaikan akan terus dipantau bagi memastikan capaian terbaik di negeri pelancongan itu.

"Sudah pastinya, kawasan luar bandar menjadi keutamaan, sebab matlamat kita di mana ada jalan, di situ ada internet, jalan-jalan utama. Jadi, selain itu kawasan-kawasan pelancongan dan kesemua kawasan ini, 10 telah dikenal pasti oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hasil daripada aduan, hasil daripada yang dibangkitkan, mungkin daripada wakil rakyat dan ketua kampung", katanya.

Beliau berkata demikian pada Ujian Panggilan Suara dan Kualiti Internet Sekitar Negeri Melaka di Asahan.

Dalam pada itu, sebanyak 10 ujian akan dilaksanakan di negeri itu yang memfokuskan kawasan luar bandar dan penambahbaikan liputan di lokasi pelancongan.

ROSLINA BINTI DIN