fb fb fb fb fb

Jenazah Nur Farah Kartini akan dikebumikan di Pekan, Pahang

Foto RTM

SUNGAI BULOH, 17 Julai - Jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka akan dikebumikan di Pekan, Pahang, selepas dituntut keluarganya hari ini.

Abang kepada mangsa, Mohd Fariza Amir, 28, bagaimanapun tidak memaklumkan lokasi sebenar pengebumian dan akan dimaklumkan kelak.

Sementara itu, petugas media mula berkumpul sejak 8 pagi, di sekitar perkarangan Unit Forensik Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan perkembangan berkaitan kes berkenaan.

Mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira 6.00 petang, pada Isnin.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak telah ditahan dan direman sehingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

TETITIA YUSOFF