KUALA LUMPUR, 17 Julai-Dana secukupnya perlu disediakan bagi mendepani ancaman kesihatan yang dijangka berlaku pada masa depan.
Ini termasuk kebimbangan akan ancaman kesihatan Rintangan Antimicrobial (AMR).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzlkefly Ahmad berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan pelaksanaan Dana Kesihatan Negara bagi tujuan berkenaan.
"Mustahak untuk kesiapsiagaan kewangan bagi mana-mana negara perlu dibuat persiapan agar hal Universal health Coverage tidak meninggalkan sesiapa pun termasuk pandemik.
"Justeru, muastahak untuk kerajaan membuat persiapan dengan Dana Kesihatan Negara", katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaitan mengenai persediaan negara mendepani AMR di Parlimen hari ini.
AMR dijangka menjadi cabaran utama untuk sektor kesihatan global yang mengurangkan kesan ubat-ubatan seperti antibiotik untuk menangani infeksi.