fb fb fb fb fb

Banjir: Lebih 2,000 sekolah, fasiliti awam digazet sebagai PPS

(FOTO HIASAN)

PUTRAJAYA, 6 Oktober - Lebih 2,000 sekolah dan fasiliti awam seperti balai raya dan dewan orang ramai sudah digazetkan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi kegunaan orang ramai jika negara dilanda banjir.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata ia sebagai persediaan menghadapi banjir, yang turut merangkumi kesiapsiagaan ketika serta pasca banjir.

(Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali)

"Ada pengajaran daripada apa yang pernah dilalui daripada banjir tahun lalu dan saya melihat dari segi kesediaan agensi terbabit, mereka lebih bersedia kali ini.

"Seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mereka telah memainkan peranan mendalamkan sungai, membaiki kemudahan awam yang rosak," katanya selepas merasmikan Majlis Apresiasi Program Keceriaan dan Perbarisan Hari Kebangsaan 2022 Antara Kementerian, di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai intipati mesyuarat Task Force Persediaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2022/2023 yang dipengerusikannya pada 3 Oktober lalu.

Tambah Mohd Zuki, kesiapsiagaan menghadapi banjir turut dilakukan pada peringkat negeri terutama di negeri sering dilanda banjir.

Media Baharu