fb fb fb fb fb

Lebih 15,000 ketua isi rumah di Johor miskin tegar

JOHOR, 23 Jun - 15,154 Ketua Isi Rumah (KIR) di Johor, tergolong dalam kalangan miskin dan miskin tegar, berdasarkan rekod di dalam sistem E-Kasih berdaftar sehingga Mei tahun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 10,428 adalah Ketua Isi Rumah Miskin manakala selebihnya, miskin tegar.

Menurut EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Khairin-Nisa Ismail, kaum Melayu merekodkan angka paling tinggi, 8,919 orang, diikuti Cina, 620 orang dan India, 262, manakala lain-lain etnik, 221.


(EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Khairin-Nisa Ismail)

"Statistik KIR eKasih terkeluar mengikut di Negeri Johor adalah seramai 5,636 orang. Pecahan bagi etnik Melayu adalah seramai 4,703 orang manakala daerah tertinggi di Batu Pahat dengan jumlah 856 orang. Bagi etnik Cina, daerah tertinggi adalah di Johor Bahru seramai 84 orang dan keseluruhan mengikut daerah seramai 459 orang. Bagi etnik India pula, seramai 387 orang," katanya ketika menjawab soalan lisan semasa Persidangan Dewan Negeri di Kota Iskandar, Johor.

Bagi miskin tegar, Melayu seramai 3,926, Cina, 305 dan India, 390 orang.

Statistik ketua isi rumah terkeluar daripada golongan tersebut pula seramai 5,636 orang.


Media Baharu