JOHOR BAHRU, 17 September- Lebih 14,000 pesakit antarabangsa menerima rawatan dari rangkaian hospital KPJ Healthcare Wilayah Selatan, sehingga Julai tahun ini.
Ketua Pegawai Korporat KPJ Healthcare, Ariesza Noor berkata sebanyak RM15 juta pendapatan diperoleh menerusi sektor pelancongan penjagaan kesihatan berkenaan.
Beliau berkata sebahagian besar pesakit direkodkan dari Kepulauan Riau, Bengkalis dan Dumai di Indonesia serta Singapura.
"Kami mendapat pendapatan sebanyak hampir RM45 juta sebelum pandemik COVID-19. Jadi kami mengalu-alukan pesakit-pesakit yang datang untuk melakukan perkhidmatan kesihatan di hospital kami", katanya semasa Makan Malam KPJ Healthcare bersama media di sini malam tadi.
Pihaknya yakin dengan penambahan perkhidmatan penerbangan dan feri khususnya di Johor, sektor pelancongan kesihatan negeri itu dapat dibangunkan dengan lebih baik dan seterusnya menjadi penyumbang utama ekonomi Johor.
(Ketua Pegawai Korporat KPJ Healthcare, Ariesza Noor)