fb fb fb fb fb

Lebih 125,000 permohonan sertai IPR diterima

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 20 September - Sebanyak 125 RIBU 356 pemohonan telah diterima bagi menyertai Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) setakat 18 September lalu.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata IPR dilihat inisiatif terbaik membantu meningkatkan pendapatan isi rumah dan meningkatkan struktur ekonomi rakyat.  

Jelasnya, usaha merapatkan jurang ketidaksamarataan akan dipergiat bagi memastikan kemajuan ekonomi bergerak seiring dengan kesejahteraan rakyat.

"bagi meningkatkan darjat rakyat, tumpuan  akan dijayakan melalui empat penegasan, iaitu rapatkan jurang ketidaksamarataan, kesejahteraan rakyat  jadi matlamat utama kerajaan di samping usaha melonjakkan prestasi ekonomi.

"Lima perkara pokok iaitu mempercepatkan inisiatif kemiskinan, memperkasa golongan rentan dengan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan pengukuhan perlindungan sosial", katanya pada persidangan Dewan Negara hari ini.

Tambah Rafizi, setakat 31 Ogos lalu..hampir 113,000 keluarga miskin tegar telah dibantu untuk keluar daripada cengkaman kemiskinan. menerusi inisiatif dilaksana kerajaan.

Perkara itu merupakan sebahagaian daripada komitmen kerajaan dalam menoktahkan kemiskinan menerusi inisiatif oleh kerajaan.


(Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli)

Media Baharu