fb fb fb fb fb

Himpunan Selamatkan Malaysia: Polis masih kesan tiga lagi individu

(Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid)

KUALA LUMPUR, 20 September- Polis sedang mengesan tiga lagi individu bagi membantu siasatan berkaitan Himpunan Selamatkan Malaysia di ibu negara pada Sabtu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya akan mengeluarkan nama individu berkenaan jika mereka masih lagi belum tampil untuk membantu siasatan.

Setakat ini, 16 daripada 28 individu yang dikenal pasti terlibat dalam perhimpunan itu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung himpunan itu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Kita berharap tiga individu itu tampil untuk dirakam keterangan, namun setakat ini kita masih menjejaki mereka," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, pada Rabu.

Beliau yakin kertas siasatan akan dapat dilengkapkan minggu ini untuk dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut .

Pada Sabtu lalu, perhimpunan yang disertai kira-kira 800 peserta itu disahkan tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.


(Foto Fail: Himpunan Selamatkan Malaysia pada 16 September lalu)

Media Baharu