fb fb fb fb fb

Lebih 12,000 kenderaan perdagangan diambil tindakan - JPJ

Gambar hiasan / BERNAMA

SEREMBAN, 17 Oktober - Sebanyak 12,756 kenderaan perdagangan diambil tindakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula pada Januari hingga Oktober tahun ini.

Menurut Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf, daripada jumlah tersebut, 278 daripadanya membawa lebihan muatan.

Secara keseluruhannya sejak awal tahun lalu, sebanyak 45,631 kenderaan perdagangan telah diperiksa.

"JPJ Negeri Sembilan komited melaksana penguatkuasaan tegas dalam Op “Perang Lebih Muatan”.

"Ini sejajar dengan arahan dan komitmen Menteri Pengangkutan dalam memastikan pematuhan undang-undang berat muatan kenderaan perdagangan di seluruh negara selain mendidik industri logistik agar lebih bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, di sini.

Selain itu katanya sebanyak 20,361 kenderaan perdagangan menerima Notis JPJ (P) 22, manakala 214 kenderaan perdagangan lain, disita.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID