SHAH ALAM, 21 Julai- Seramai 110,018 pelancong dari Jepun telah bercuti ke Selangor pada tahun lalu.
Menurut Exco Pelancongan negeri Selangor, Ng Suee Lim, berdasarkan statistik Tourism Selangor, jumlah itu meningkat sebanyak 49 peratus berbanding tahun 2022 dengan kemasukan 73,822 pelancong.
"Kita jangkakan tahun ini kalau di pesta Bon Odori ini kita dapat kehadiran seperti biasa..tahun lepas 40,000..kita tidak mahu terlalu bersesak dan sebagainya.
"Kalau angka capai 40,000 itu saya rasa yang terbaik, sangat baik.. jadi Jepun merupakan antara destinasi negara yang kita tumpukan 'top five' dalam senarai pelancong-pelancong ke Malaysia khususnya ke Selangor," katanya kepada pemberita pada Festival Bon Odori 2024 di sini.
Tambah Suee Lim, pesta tahunan iaitu Festival Bon Odori menjadi salah satu platform bagi mempromosi negeri itu kepada pelancong, bersempena Tahun Melawat Selangor 2025.
Pada tahun ini, lebih 40,000 pengunjung melibatkan pelancong domestik dan antarabangsa memeriahkan Festival Bon Odori ke-48 yang disambut bersempena pesta kebudayaan musim panas Jepun.