fb fb fb fb fb

Lawatan Trump wajar dilihat sebagai peluang diplomasi

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina

KEPALA BATAS, Oktober -Lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ke negara ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN minggu hadapan wajar wajar dilihat menerusi perspektif manfaat diplomasi dan hubungan antarabangsa.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina berkata, malah membuka ruang untuk Malaysia menyuarakan pendirian tegas dalam isu-isu global, termasuk krisis kemanusiaan di Palestin.

Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berkata, meskipun Malaysia merupakan negara kecil namun negara ini berupaya memainkan peranan besar sebagai suara yang berpengaruh di peringkat antarabangsa.

"Kita akan dapat sebab kebanyakan dagangan dunia ini berasaskan USD. Apabila kita ada simpanan USD banyak, disebabkan kita mengeksport banyak, maka ia juga akan menjadi penyumbang kepada pengukuhan ringgit. Pengukuhan ringgit juga membawa kepada perluasan lantai kekayaan negara sekali gus kekayaan rakyat.

"Sidang Kemuncak ASEAN turut melibatkan kehadiran 10 rakan dialog (‘dialogue partners’) termasuk Amerika Syarikat, China, Korea Selatan, Jepun, Australia, New Zealand, India, dan Rusia. Ini adalah satu gambaran terbaik kerjasama antarabangsa, lebih-lebih lagi apabila dunia sedang menyambut perkembangan positif seperti gencatan senjata di Gaza.

"Dan kalau seandainya kita masih ada sebarang ketidakpuasan, bukankah itu antara platform yang terbaik untuk Perdana Menteri melontar secara langsung kepada Trump. Mampu tak Malaysia nak buat gencatan senjata? Tak mampu, Malaysia negara kecil je. Tapi Malaysia boleh menjadi pempengaruh yang besar dalam dunia, dalam peringkat antarabangsa untuk memberi. Maka kehadiran Trump perlu dilihat daripada perspektif itu," katanya ketika merasmikan Program Fun Walk Kampung Style Permatang Tinggi, Kepala Batas.

TETITIA YUSOFF