fb fb fb fb fb

Lawatan rasmi PM ke Mesir, tingkat hubungan dua hala

Mesir

KAHERAH, 9 November- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan Presiden Mesir Abdel Fattah Al-Sisi.

Pesawat beliau dijangka tiba pada pukul 6.30 petang waktu tempatan bersamaan pukul 12.30 pagi waktu Malaysia. 

Perdana Menteri akan disambut secara rasmi oleh Presiden Al-Sisi diikuti dengan mesyuarat dua hala bagi membincangkan isu-isu berkaitan kepentingan bersama antara Malaysia dan Mesir.

Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Mohd Tarid Sufian berkata, perbincangan terarah kepada meningkatkan kerjasama perdagangan, pertahanan, pelancongan, pendidikan dan hal ehwal agama.

"Yang paling utama adalah perbincangan akan tertumpu kepada pertukaran pandangan dan perbincangan hala tuju dalam bidang berkepentingan bersama iaitu dalam isu konflik di Palestin," katanya Mohd Tarid Sufian.

Kedua-dua pemimpin turut dijadual menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kerajaan Malaysia dan Al-Azhar Al-Sharif.

Anwar juga akan merasmikan Proton SAGA CKD keluaran tempatan dan menyampaikan syarahan di Universiti Al Azhar.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI