KUALA LUMPUR, 9 November- Perjanjian penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka ditandatangani bulan depan.
Ia sempena Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11.
Perkara itu dicapai Jawatankuasa bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia yang mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan kemajuan penubuhan JS-SEZ.
Kenyatan bersama jawatankuasa itu memaklumkan, struktur organisasi jawatankuasa juga akan ditambah baik, dalam usaha menyokong matlamat dan penubuhan JS-SEZ.
Kerjasama dua hala dalam bidang lain, seperti pengangkutan dan alam sekitar turut diperkukuh.
Jawatankuasa juga berharap dapat bersidang semula pada separuh pertama 2025, untuk mengekalkan momentum positif kerjasama dua hala.
Mesyuarat itu dipengerusikan bersama Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Menteri Pembangunan Negara Singapura, Desmond Lee.
Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Pengangkutan Singapura, Chee Hong Tat serta pegawai kanan kedua-dua negara.