fb fb fb fb fb

Lawatan PM ke UAE raih manfaat besar terutama aspek pelaburan

ABU DHABI, 7 Oktober - Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis dan Jumaat, hanya berlangsung dalam tempoh kira-kira 36 jam.

Bagaimanapun, tempoh yang singkat itu tidak menjadi halangan buat Kuala Lumpur, meraih manfaat besar terutama dalam aspek pelaburan dari negara teluk itu.

Lawatan kerja Perdana Menteri dimulakan di Masdar City, Abu Dhabi, merupakan perbandaran pintar yang dibina atas kapasiti menggunakan tenaga boleh baharu RE yang lebih bersih, selamat dan mesra pembangunan.

Ketika bertemu kapten industri dalam persidangan meja bulat pada Khamis, Perdana Menteri memaklumkan kesediaan negara bekerjasama dengan pelabur-pelabur, sesuai tujuan negara ke arah pembangunan lestari, mampan dan kurang karbon.

"Dalam masa singkat kita dapat mengumpulkan 35 pemain industri utama dalam satu sidang meja bulat perbincangan dengan kapten industri di UAE dan kita berakhir dengan pertemuan syarikat G42 yg mempunyai kekuatan dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI). Kita telah capai Alhamdulillah dalam pertemuan ini pelaburan yang telah pasti, ini bukan hasrat ini pelaburan yang telah diumumkan iaitu RM40.6 bilion," kata Perdana Menteri, di sini.

Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), agensi bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) diberi tanggungjawab menjadi pemudahcara memastikan pelaburan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (Masdar) di Malaysia dilaksanakan.

(MOU)yang ditandatangani MIDA dan MASDAR)

Ia kemudian dimetrai dengan memorandum persefahaman (MOU) yang ditandatangani MIDA dan MASDAR, sesuai objektif yang disepakati bersama membangun tenaga boleh ubah RE di Malaysia menjelang 2025.

Perdana Menteri, menyifatkan lawatan kerja ke UAE, membuahkan hasil yang baik dengan berjaya menarik komitmen pelaburan berjumlah RM40.6 bilion.

Kerajaan juga sedia mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai bagi pelabur asing yang berminat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui

"Pelaburan yang telah pasti ini bukan hasrat ini pelaburan yang telah diumumkan yang terkait dengan Masdar dari sudut teknologi hijau dan apa yang dikatakan 'renewable energy' dan juga dalam beberapa isu lain dalam bidang sektor aeroangkasa logostik tenaga iaitu Masdar dan beberapa syarikat yang terkait," katanya lagi.
 
Malaysia dan UAE turut menyatakan komitmen untuk meningkatkan perkongsian strategik serta bersedia memanfaatkan sumber yang dimiliki demi kepentingan kerjasama dua hala pada masa akan datang.

Dalam pada itu, Anwar juga mahu lokasi-lokasi yang sesuai untuk pembangunan sektor tenaga boleh diperbaharui untuk dikenal pasti, yang berupaya membantu Malaysia menjadi hab bagi sektor berkenaan.

"Semuanya minta kita percepatkan proses kerana negara-negara lain lebih pantas. Sebab itu saya tidak dengar langsung dengan alasan-alasan titik bengit, dan kita putuskan bukan senang nak meraih (pelaburan) kerana negara lain beri bermacam-macam dan pelbagai insentif kadang lebih baik dari negara kita tetapi kerana kita dapat menarik minat mereka, mereka datang jadi tugas kita jaga mereka" kata Anwar.

Beliau turut menyifatkan pertemuan bersama-sama Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, membuka ruang serta kejayaan dalam pertemuan-pertemuan lain, yang meyakinkan beliau akan hubungan rapat dan sahabat kedua-dua negara itu.

"Nampaknya ketersediaannya menjadikan UAE dan Malaysia sebagai negara sahabat untuk kita melabur katalah ada cadangan sekarang Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen di Turkiye yang memang merupakan projek milik Malaysia, atau projek yang dia perolehi di Afrika, dia minta kita susun dan kerjasama," tambahnya.

Media Baharu