fb fb fb fb fb

Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak akan dibahas sesi mesyuarat kabinet bulan ini- Azalina

(Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said)

KOTA TINGGI, 7 Oktober- Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak akan dibahas dan dijangka diluluskan pada sesi mesyuarat kabinet bulan ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Undang-undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, ia akan dibawa ke kabinet bersama pindaan Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM).

Jelasnya, ia sebagai usaha melindungi dan menyelesaikan isu berkaitan kanak-kanak.

"Akta SUHAKAM itu dinaik taraf untuk kuasa lebih siasatan bersama agensi terlibat. Tetapi dengan adanya salah satu 'komisioner' itu dijadikan 'child komisioner' kita nak adanya satu bab khas di bawah akta dan disebut sebagai satu Seksyen kepada Suruhanjaya Kanak-kanak di bawah akta SUHAKAM," katanya.

Azalina ditemui ketika Majlis Pra Pelancaran Pusat Penuaan Aktif Parlimen Pengerang dan Penyampaian Sumbangan Insentif Semarak Pendidikan (Ihsan), Pembangunan Bakat dan Ko-kurikulum Pelajar Sekolah Peringkat Parlimen Pengerang 2023 di Stadium Penawar, di sini, hari ini.

Ujarnya lagi, Akta Suruhanjaya Kanak-Kanak dicadang diwujudkan itu merangkumi isu keselamatan, kebajikan dan kesihatan.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu