fb fb fb fb fb

JAPEN Perlis tubuh 45 Komuniti Madani

 

KANGAR, 7 Oktober- Jabatan Penerangan (JAPEN) Negeri Perlis telah menubuhkan 36 dari keseluruhan 45 Komuniti Madani yang dicadangkan secara berfasa melibatkan kesemua 15 kawasan Dewan Undangan Negeri seluruh Perlis.

Komuniti Madani yang diwujudkan ini memainkan peranan penting dalam menyebarluas maklumat kerajaan kepada rakyat, pendigitalan komuniti setempat dan bertanggungjawab memupuk perpaduan, kenegaraan dan semangat cintakan negara.

Pengarah Jabatan Penerangan Negeri, Azrul Hassan berkata , kerajaan sentiasa mengalu-alukan penglibatan masyarakat dalam usaha menyampaikan segala maklumat yang sahih, telus serta memberi manfaat kepada semua terutamanya berkaitan segala inisiatif yang dilaksanakan kerajaan.

"Pihak komuniti ini menyalurkan maklumat tentang  isu-isu yang berlaku pada sekarang ini antaranya liputan telekomunikasi, liputan wifi dan juga termasuk juga liputan internet serta lain-lain isu berbangkit.

"Contohnya isu beras, isu gula, isu telur dan sebagainya dan kita mohon kerjasama pihak komuniti untuk menyalurkan maklumat sekiranya berlaku kekurangan bekalan beras di tempat mereka dan semua maklum balas yang diberikan akan kita akan panjangkan ke pihak kementerian,"katanya.

Beliau memaklumkannya pada Program Taklimat Khas Jabatan dan Agensi Bawah Kementerian Komunikasi dan Digital di Kompleks Penyiaran Tuanku Syed Putra.

Komuniti Madani yang diwujudkan Jabatan Penerangan ini berperanan penting dalam memperkasakan usaha penyaluran maklumat kerajaan secara terus kepada rakyat

Secara keseluruhannya, sebanyak 1,878 Komuniti Madani akan ditubuhkan di seluruh negara.


(Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis, Azrul Hassan)

Media Baharu