fb fb fb fb fb

Lawatan PM ke Filipina capai objektif perkukuh hubungan dua hala

(FOTO PMO)

MANILA, 3 Mac- Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Manila akan membuka lebih banyak ruang dalam aspek mewujudkan keamanan serantau bawah satu blok, iaitu ASEAN.

Malah, komitmen Datuk Seri Anwar dalam mewujudkan kestabilan dan keamanan di Selatan Filipina juga turut dihargai oleh kepimpinan negara itu sebagai sahabat yang diyakini.

Jelas penganalisis hubungan antarabangsa dari Universiti of Santo Tomas, Felipe F.Salvosa II, Malaysia dan Filipina sebagai negara pengasas ASEAN sentiasa mempunyai hubungan yang baik daripada aspek perdagangan dan pelaburan.

Lebih-lebih lagi selepas lawatan Datuk Seri Anwar ke Manila menerusi pertemuan beliau bersama pelabur-pelabur utama, yang mampu meningkatkan tahap pelabur di kedua-dua negara.

"Seperti yang dinyatakan dalam kenyataan media oleh Presiden Filipina, kedua-dua negara ini yang juga pengasas bersama BIMP EAGA dan beberapa blok serantau, menpunyai hubungan yang baik dalam aspek pelaburan, perdagangan dan eksport. Peranan Malaysia yang menjadi orang tengah antara Manila dan kumpulan pemisah dalam proses kedamaian sentiasa dihargai,"kata Felipe F.Salvosa II.

Isu berkaitan keselamatan di Selatan Filipina, Laut China Selatan termasuk usaha Malaysia untuk membantu Bangsamoro turut menjadi perhatian apabila Datuk Seri Anwar menggunakan mekanisme ASEAN dalam membentuk bekerjasama dengan Filipina.

Usaha Malaysia untuk membantu Bangsamoro menerusi platform ASEAN juga disifatkan sebagai tindakan berani yang wajar dipuji.

Langkah segera yang dilaksana Datuk Seri Anwar ke arah itu, mempelawa tokoh utama Bangsamoro termasuk Ketua Menteri Wilayah Autonominya, Murad Ebrahim berkunjung ke Malaysia.

Fokusnya, bagi membincangkan lebih lanjut berhubung bantuan yang bakal dihulur negara ini.


(FOTO PMO)

Media Baharu