fb fb fb fb fb

Lawatan delegasi EU, peluang Malaysia perkukuh reputasi isu perladangan mampan

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin ketika ditemui pemberita

JOHOR BAHRU, 14 Julai -Kunjungan delegasi Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia pada Ogos depan bakal menjadi ruang strategik bagi negara membentangkan komitmen terhadap pemuliharaan hutan dan amalan perladangan mampan.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata, kunjungan itu penting dalam usaha memperkukuh reputasi negara dalam penilaian bawah Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan EU (EUDR).

Katanya, lawatan itu juga akan membolehkan delegasi EU menilai secara lebih dekat pengoperasian sektor perladangan di Malaysia, khususnya industri sawit.

Sekali gus, membuktikan kesungguhan Malaysia membangunkan industri sawit tempatan secara lestari, sejajar tuntutan piawaian antarabangsa.

"Namun begitu, kita akan terus menjalinkan libat urus secara aktif dengan pihak antarabangsa agar mereka memahami amalan ketelusan dan kemampanan dalam sektor perladangan negara. Langkah ini diharap dapat memastikan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) diiktiraf sebagai antara piawaian penting yang menjadi penanda aras pemeliharaan alam sekitar dalam industri sawit," katanya di sini.

Malaysia kini disenaraikan sebagai negara berisiko dalam penilaian EUDR, dikaitkan dengan potensi menyumbang kepada penebangan hutan.

TETITIA YUSOFF