(FOTO JAS)
KUALA LUMPUR, 7 Oktober- Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan tiga kawasan di Johor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.
Bacaan IPU tertinggi dicatat di Larkin iaitu 156 manakala Pasir Gudang dengan 152 dan Batu Pahat, 122.
IPU berskala antara 0-50 dikategorikan sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).
Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
(FOTO HIASAN)