fb fb fb fb fb

Agropelancongan Taman Anggur tarikan Tahun Melawat Perlis

(FOTO MEDIA ISTANA ARAU)

KANGAR, 7 Oktober- Projek Agropelancongan Teluk Syed Grape Park, satu lagi tarikan terbaharu kepada pelancong bagi memeriahkan lagi Tahun Melawat Perlis 2024-2025.

Terletak di kawasan pelancongan Sungai Batu Pahat, kedudukan strategik TSGP di Teluk Syed yang dibelakangi bukit Banjaran Nakawan menjadikan suasana sekeliling pusat ini sangat mendamaikan.

Projek diusahakan sejak tahun 2020 itu adalah hasil kerjasama tiga rakan kongsi iaitu Dr. Noram Azlan Ramli, Zairizal Zainon dan Ahmad Fatyrizal Zakaria.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan mengunjungi taman anggur tersebut serta yakin akan potensi baharu produk pelancongan itu yang bakal menjadi tumpuan pelancong.

Terdapat tiga konsep tanaman anggur yang dijalankan di sini iaitu tanaman secara tanam terbuka, tanam di dalam rumah hijau secara tertutup dan separa tutup membolehkan pengunjung boleh menikmati suasana dan memetik anggur seperti di luar negara.

Kebanyakan varieti yang ditanam adalah berasal dari beberapa negara seperti Ukraine, Jepun, Amerika Syarikat dan Turkiye.

Pemilihan varieti adalah sangat penting terutamanya dalam memastikan ia sesuai ditanam dengan cuaca di Malaysia dan amnya di Perlis.

Antara varieti yang menjadi pilihan utama ialah Veles, Dixon, Transfigurasi, Haloween, Baikonur dan terkini, mereka telah berjaya membuahkan anggur premium Shine Muscat Jepun.



(FOTO MEDIA ISTANA ARAU)


(FOTO MEDIA ISTANA ARAU)

Media Baharu