fb fb fb fb fb

Halal On Track, bantu industri mohon sijil halal secara percuma 

PUTRAJAYA, 7 Oktober - Program Halal On Track (HOT) membantu pemain industri di Malaysia agar memahami dengan lebih mendalam proses permohonan Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Hakimah Mohd Yusoff program HOT yang akan diadakan pada 9 Oktober ini merupakan manifestasi komitmen JAKIM dalam usaha membimbing usahawan mematuhi standard dan piawaian halal.

Beliau menerusi kenyataannya berkata, pelbagai pengisian bermanfaat telah disusun melibatkan sesi ceramah yang menyentuh pelbagai topik perbincangan.

"Antaranya permohonan pensijilan halal Malaysia, kesediaan industri untuk melaksanakan pensijilan halal, sistem mengukur tahap kesediaan pensijilan halal syarikat dan pembangunan Sistem Pengurusan Halal," kata Hakimah.

Orang ramai boleh mengambil peluang yang disediakan JAKIM bagi mendapatkan maklumat berkaitan pensijilan halal Malaysia serta menjadikan platform strategik itu sebagai medium mempelajari proses berkaitan halal secara percuma.

Jelas beliau, program tersebut merupakan hasil cetusan idea dan inspirasi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semasa merasmikan Halal Sectoral Forum pada September lepas. 

"Orang ramai khususnya para pemain industri dijemput untuk hadir ke program tersebut pada Isnin minggu depan di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur," katanya.

(Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Hakimah Mohd Yusoff)

Media Baharu