fb fb fb fb fb

Sekolah boleh ditutup tanpa menunggu kelulusan PPD jika bacaan IPU lebih 200

(FOTO HIASAN)

GEORGE TOWN, 7 Oktober- Pihak sekolah boleh menutup sekolah tanpa menunggu kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sekiranya keadaan jerebu semakin teruk dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata pihak sekolah perlu sentiasa memantau kualiti udara dan bacaan IPU melalui laman sesawang Jabatan Alam Sekitar.

"Menurut garis panduan KPM dalam usaha menangani situasi jerebu, jika bacaan IPU melebihi 100, tiada sebarang aktiviti luar boleh dilaksanakan di sekolah manakala jika ia melebihi 200, sekolah akan ditutup dan pembelajaran perlu dilakukan secara dalam talian.

"Pihak sekolah tidak perlu menunggu kelulusan namun perlu memaklumkan kepada PPD," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Jeti Chew di sini hari ini.


(Foto Fail: Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying/ BERNAMA)

Beliau menambah pemakaian pelitup muka juga digalakkan di sekolah dan pelajar perlu minum air dengan cukup.

Selain itu, beliau turut menasihati ibu bapa agar sentiasa meneliti keadaan kesihatan anak masing-masing serta mengurangkan aktiviti di luar rumah memandangkan kualiti udara yang kurang baik.

Media Baharu