fb fb fb fb fb

Larian 'KLFCM X Frontliner' hargai petugas barisan hadapan

KUALA LUMPUR, 17 Julai - Seramai 500 petugas barisan hadapan menyertai Larian Kuala Lumpur Car Free Morning (KLFCM) X Frontliners di ibu negara pagi tadi.

Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara (Pengurusan Keselamatan) MKN, Hamzah Ishak berkata penganjuran bagi menghargai sumbangan mereka yang terlibat dalam pengurusan pandemik COVID-19.

(Turut hadir memeriahkan majlis larian KLFCM X Frontliners Datuk Bandar Kuala Lumpur,
Datuk Seri Mahadi Che Ngah bersama Panglima 12 Briged, Brigadier Jeneral, Sani S. Omar)

"Program sebegini dapat menyokong, meningkatkan keselamatan, kesejahteraan rakyat melalui penglibatan sukan dan riadah dan ianya dapat juga mengurangkan tekanan perasaan.

"Pada pasca COVID-19 ini ada pelbagai tekanan, jadi insya-Allah dengan adanya program sebegini dengan kerjasama DBKL ianya dapat mengurangkan tekanan tersebut," katanya pada majlis Flag-Off Larian KLFCM X Frontliners, di sini.

Selain aktiviti larian, pelbagai acara sukan dan rekreasi turut diadakan antaranya Morning Walkabout bersama Ketua Jabatan dan Agensi, Lawatan ke Perumahan Bandar@TAR dan juga Frontliners Street Soccer.

Media Baharu