fb fb fb fb fb

Sarawak guna pendekatan holistik tangani penyalahgunaan dadah

(FOTO HIASAN)

GEDONG, 17 Julai - Sarawak menggunakan pendekatan holistik dalam membantu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi menangani penyalahgunaan dadah di negeri itu khususnya golongan belia.

Antara pendekatan tersebut, menyediakan kelengkapan teknologi seperti mesin pengimbas di semua lapangan terbang dan pintu-pintu masuk negeri.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri juga turut membeli anjing pengesan bagi membantu memudahkan proses pencarian bahan terlarang itu.

(Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg)

“Salah satu cara untuk membantu ialah memberi mereka anjing pengesan. Kami berharap polis akan membantu melatih anjing-anjing itu. Kita akan beli anjing-anjing itu dan letak di tempat tertentu untuk mengesan aliran dadah,” katanya.

Tambah beliau, kesemua pendekatan itu merupakan tanggungjawab kerajaan sebagai usaha untuk membantu aktiviti pencegahan penyalahgunaan dadah dan menjadikan negeri berkenaan pulih daripada dadah.

Sarawak juga katanya bersedia membantu pihak AADK dengan menyediakan peruntukan bagi sebarang keperluan.

Media Baharu