fb fb fb fb fb

KPDNHEP guna pelbagai strategi bantu Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 17 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menggunakan kepelbagaian strategi dalam tindakan penguatkuasaan bagi membantu Pasukan Khas Jihad Menangani Inflasi.

Ini termasuk mengesan sebarang ketirisan atau penyelewengan dan juga menangani isu-isu kenaikan harga barang.

Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam berkata strategi tersebut termasuk pemeriksaan, naziran, operasi bersepadu, risikan, ops samar dan pemantauan secara dalam talian.

(Pengarah Penguatkuasa KPDNHEP, Azman Adam)

"Sehingga 15 julai, kami telah mengadakan 149 operasi bersepadu seluruh negara, dari 149 ini kami dapat mengesan banyak kesalahan yang cuba dilakukan dan penyelewengan ini dapat kita patahkan. Kami juga perkukuh naziran kami daripada 1 hingga 15 Julai sebanyak 454 naziran," katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri.

Tambahnya, pemantauan dalam talian giat dilaksanakan bagi mengelak sebarang penipuan yang melibatkan pembelian barangan bersubsidi.

Selain itu, bilik gerakan juga diperkasa bagi memudahkan penerimaan maklumat atau aduan orang ramai dan membolehkan tindakan segera dilaksanakan.

Media Baharu