fb fb fb fb fb

Larangan kenderaan berat di jalan raya, kurangkan risiko kemalangan

SEREMBAN, 18 April- Kenderaan berat dilarang menggunakan jalan raya khususnya lebuh raya pada Khamis dan Jumaat ini.

Larangan sama turut dikuatkuasakan pada 24 dan 25 April.

Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke keputusan itu dibuat berikutan berlakunya peningkatan kemalangan jalan raya terutama melibatkan kenderaan berat.

"Yang pertamanya untuk mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya dan juga cuba mengurangkan kesesakan walaupun kita tahu bahawa banyak kenderaan yang akan melalui jalan-jalan dan juga lebuh raya kita sempena dengan Aidilfitri.

"Tetapi ini adalah satu tindakan yang perlu kita ambil untuk melarang kenderaan berat semasa dua hari...pengecualian hanya diberikan kepada sektor kritikal sahaja," katanya.

(Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Foke)

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), di sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Anthony Loke berkata rondaan pihak berkuasa seperti pasukan polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut dikuatkuasakan di seluruh negara yang menumpukan beberapa kawasan strategik.

Media Baharu