fb fb fb fb fb

Beberapa kawasan di Kinta, Ipoh terjejas akibat ribut

(Foto APM)

IPOH, 18 April- Beberapa kawasan di daerah Kinta, dekat sini terjejas susulan ribut yang melanda, lewat petang Isnin.

Lima buah rumah turut terkesan akibat kejadian tersebut.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, hujan lebat dan angin kuat berlaku sekitar pukul 7 petang.

Antara rumah penduduk yang terjejas adalah di Jalan Berlian, Jalan Kledang dan Lorong Uthmaniah.

Manakala kejadian pokok tumbang dikesan berlaku di Persiaran Jelapang Taman Silibin; Jalan Jelapang; Lebuhraya Ipoh-Lumut dan Lengkuk Rishah, Taman Rishah. 

Tiada Pusat Pemindahan Sementara dibuka buat masa ini.

(Lima buah rumah turut terkesan akibat ribut yang berlaku)

Media Baharu