fb fb fb fb fb

Lapor segera sebarang isu berkaitan keselamatan bangunan sekolah - Dr Mah

(Dr. Mah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Terbuka
Sekolah-Sekolah Daerah Muallim di SMK Slim River di sini)

SLIM RIVER, 3 Ogos- Pihak sekolah perlu melaporkan sebarang isu berkaitan keselamatan bangunan, khususnya melibatkan bangunan sekolah lama kepada Kementerian Pendidikan (KPM) untuk diambil tindakan segera.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon, pihaknya juga akan mengambil langkah proaktif untuk membuat penilaian pendawaian elektrik di kebanyakan sekolah di seluruh negara.

"Mana-mana bangunan lama yang memerlukan perhatian maka perlulah pihak sekolah laporkan dan pada waktu yang sama kita akan lihat mekanisme bagaimana untuk memastikan ianya dapat kita jalankan secara berkala. Walau apapun langkah-langkah untuk memastikan keselamatan sentiasa kita titikberatkan," katanya pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Terbuka Sekolah-Sekolah Daerah Muallim di SMK Slim River di sini.

Mengulas lanjut, Dr. Mah menjelaskan meskipun terdapat lebih 10,000 buah sekolah, ia dilihat penting bagi memastikan tahap keselamatan sekolah terjamin.

Terdahulu, beliau diminta mengulas insiden pada Ahad lepas melibatkan sebuah asrama lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Datuk Haji Abu Hassan Haji Said di Pedas, Negeri Sembilan yang terbakar; dikatakan berpunca daripada masalah pendawaian elektrik.

Berhubung pembinaan dewan terbuka itu sebanyak RM394,000 diperuntukkan bagi pembinaan dewan tersebut yang dijangka siap sepenuhnya November ini.


(Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon)

Media Baharu