fb fb fb fb fb

KSM kaji penggunaan IR 4.0 dalam melatih belia menceburi sektor perladangan

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 3 Ogos- Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang mengkaji penggunaan teknologi revolusi industri 4.0 (IR 4.0) dalam memberi latihan kemahiran kepada golongan belia dalam sektor perladangan.

Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan berkata sektor itu mempunyai peluang pekerjaan yang luas namun kurang diminati oleh golongan belia.

"Jika kita lihat pada sektor perladangan, peluang pekerjaan begitu banyak. Walaupun sebelum ini wujud permintaan daripada majikan untuk mengambil pekerja asing, KSM telah memberi peluang terlebih dahulu kepada pekerja tempatan selama satu tahun tetapi, kita dapati golongan belia tidak minat untuk menceburi bidang ini. Meski, penawaran pendapatan sudah lebih baik daripada sebelumnya.

Oleh itu, kementerian sedang mengkaji bagaimana kita dapat menggunakan revolusi industri 4.0 (IR4.0) untuk memberi latihan kemahiran kepada golongan belia, terlibat dalam bidang ini," jawab Saravanan terhadap soalan tambahan wakil Sri Gading, Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh di Parlimen.

Tambah Datuk Seri M.Saravanan, sehingga 29 Julai 2022 sebanyak 120, 237 pencari kerja telah berjaya ditempatkan melalui pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh Kementerian melalui PERKESO manakala Program Perantisan JaminKerja-Insentif Penggajian berjaya memanfaatkan 5,932 orang bagi tempoh sama.


(Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M.Saravanan berkata demikian di Parlimen)

 

Media Baharu