fb fb fb fb fb

Kesedaran ibu bapa faktor ketidakcapaian PICKids - KKM

KUALA LUMPUR, 3 Ogos- Seramai 1.76 juta kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun sudah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Daripada jumlah itu,1.5 juta kanak-kanak atau 42.3% telah melengkapkan 2 dos vaksin manakala hanya 1,030 kanak-kanak dalam kategori "moderate to severe immunocompromised" telah mendapat dos ketiga bagi melengkapkan dos primer vaksin COVID-19.

Jelas Timbalan Menteri Kesihatan 1, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, kerajaan telah membelanjakan RM267.7 juta bagi pembelian vaksin COVID-19 kanak-kanak sehingga 30 Jun lalu.

Walaupun bekalan vaksin mencukupi, namun masih ramai kanak-kanak yang belum mendapatkan suntikan vaksin walaupun program tersebut sudah enam bulan berlangsung.

"Kita sudah masuk tempoh enam bulan pelaksanaan namun hanya mencapai hampir 50%. Pihak kementerian mendapati pelaksanaan di peringkat staf kesihatan dilakukan dengan amat baik seterusnya libat urus bersama kerajaan negeri juga sangat bagus selain pihak swasta dan hospital juga menyambut baik inisiatif ini tetapi "the arms are not there" (kesedaran daripada masyarakat tiada).

Oleh itu, kesedaran ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk mereka tahu kepentingan memberi vaksinasi adalah untuk melindungi anak-anak sekali gus mengelak jangkitan yang serius," kata Datuk Dr. Noor Azmi menjawab soalan yang diajukan oleh wakil Subang, Wong Chen di Parlimen.

Pihaknya giat melaksanakan pelbagai usaha dan inisiatif untuk menggalakkan lebih ramai ibu bapa membawa anak-anak mendapatkan vaksin COVID-19.


(Foto FB KKM)

Media Baharu