fb fb fb fb fb

Kerjasama masyarakat, pihak berkuasa tangani jenayah pemerdagangan manusia

KELANA JAYA, 3 Ogos- Sifat dan modus operandi jenayah pemerdagangan manusia, licik dan berubah-ubah. Ke arah keberkesanan menanganinya, masyarakat dan pihak berkuasa perlu bekerjasama.

Mereka boleh menjadi "mata dan telinga" bagi mengenal pasti masalah dan isu berkaitan jenayah tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia termasuk perkongsian maklumat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO), rakyat serta media.


(Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin)

"Saya juga menjemput kementerian-kementerian lain seperti Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

"Ini adalah kementerian yang banyak membabitkan diri atau kementerian tersebut dengan pekerja-pekerja luar, pekerja-pekerja asing.

"Maka kita hendak memastikan segala tanggungjawab itu bukan hanya terhadap majikan tetapi juga pekerja dan seluruh rakyat yang ada seharusnya mmpunyai sikap terbuka untuk mengenal pasti masalah atau isu penyeludupan manusia dlm negara kita", katanya kepada media Persidangan Penerbangan Menentang Pemerdagangan Manusia dan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Malaysia Airlines dan Persatuan Hentikan Pemerdagangan Manusia (SHUT) di Kelana Jaya.

Kerajaan bertekad untuk menambah baik penguatkuasaan, meningkatkan pendakwaan serta memperkasa perlindungan kepada mangsa dan membanteras jenayah pemerdagangan manusia.

Media Baharu