fb fb fb fb fb

Lapan sekolah diarah tutup, 21 kluster aktif berkait pendidikan di Negeri Sembilan


SEREMBAN, 17 Februari- Sebanyak 21 kluster aktif berkaitan pendidikan dilaporkan di Negeri Sembilan setakat 15 Februari dengan lapan buah sekolah yang telah diarahkan tutup.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, lapan buah sekolah itu diarah tutup berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah bagi tujuan pengesanan kontak rapat, isolasi, sanitasi dan mitigasi.

Penutupan tersebut melibatkan lima Sekolah Kebangsaan serta tiga Sekolah Menengah dan ia akan dibuka semula secara berperingkat.

 

(Datuk Seri Aminuddin Harun, dalam satu sidang media di Seremban)



"Hasil penelitian pola penularan kes COVID-19 di sekolah kebanyakan bersifat sporadik dan tidak ada dapatan substentik yang menunjukkan punca penularan adalah disebabkan ketidakpatuhan atau pelanggaran sop di sekolah yang terlibat"

Beliau yang ditemui di Seremban memaklumkan, pemerhatian dan pemantauan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan mendapati tahap pematuhan SOP di sekolah adalah memuaskan selaras dengan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Media Baharu