fb fb fb fb fb

Lapan rumah rosak akibat ribut di Raub

FOTO APM RAUB

RAUB, 6 Oktober - Lapan buah rumah dalam daerah Raub, Pahang rosak selepas dilanda ribut dalam kejadian pukul 3 petang tadi.

Kampung terlibat adalah Kampung Melayu Sempalit dan Taman Amalina Lestari mengalami kerosakan pada bahagian bumbung hadapan, bilik tidur dan dapur.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub dalam satu kenyataan memaklumkan, tiada pusat pemindahan sementara dibuka.

Tiada kemalangan jiwa juga dilaporkan.

Kenyataan itu memaklumkan,  APM Raub telah bergerak ke lokasi kejadian untuk  mendapatkan maklumat penduduk terjejas di lokasi serta menyerahkan kit makanan.
 
Kerja-kerja pembersihan juga telah dilakukan oleh pihak APM Raub.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE