fb fb fb fb fb

Lapan rakyat Malaysia di Kiev akan dibawa keluar -PM

 (Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri ketika sidang media bersama Media Malaysia di Bangkok dalam lawatan kerja ke Thailand)


KUALA LUMPUR, 23 Februari- Kedutaan Malaysia di Ukraine sedang dalam usaha membawa keluar lapan rakat Malaysia serta dua tanggungan warga asing dari Kiev berikutan konflik yang semakin meruncing antara Ukraine dan Rusia.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan pada Sabtu menyatakan ia susulan kebimbangan Malaysia terhadap konflik yang terus memuncak di Ukraine.

“Malaysia amat bimbang terhadap konflik yang semakin meruncing di Ukraine, dan mendesak sekeras-kerasnya supaya semua pihak berkaitan segera mengambil langkah-langkah untuk meredakan situasi dan mengelakkan korban nyawa serta kerosakan.

“Pada waktu yang kritikal ini, setiap usaha perlu digandakan untuk mencapai penyelesaian aman kepada konflik ini melalui dialog dan rundingan berdasarkan undang-undang antarabangsa dan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Sehubungan itu, Malaysia akan terus menyokong usaha-usaha berkenaan dalam mengekalkan keselamatan dan keamanan antarabangsa.

Katanya, Majlis Keselamatan PBB (UNSC) perlu menjalankan tanggungjawab dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia.

Beliau berkata, Malaysia pada masa sama, akan terus menyokong usaha tersebut demi kepentingan mengekalkan keamanan serta keselamatan serantau dan antarabangsa, selain menggalakkan kemakmuran yang lebih menyeluruh.

Sejak Ukraine mula diserang pada Khamis, seramai lapan rakyat Malaysia masih berada di Kiev sehingga kini.

Manakala 13 warganegara yang lain telah meninggalkan negara itu dalam minggu-minggu yang lalu.

Media Baharu