(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 23 Mei- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyenaraikan lapan barangan dibawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan dan Hari Gawai bagi Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan.
Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata SHMMP itu berkuat kuasa selama tujuh hari bermula 27 Mei bagi Pesta Kaamatan dan 29 Mei bagi Hari Gawai.
"Senarai barangan, paras harga maksimum dan tempoh pelaksanaan skim ini ditentukan berdasarkan beberapa faktor seperti cuaca, ekonomi global, kadar tukaran wang asing, kadar upah dan permintaan serta penawaran.
"Antara barangan harga terkawal di bawah SHMMP Pesta Kaamatan adalah kepak ayam, cili kering leper, daging kerbau import, bawang kecil merah (India), bawang putih (China), babi hidup harga maksimum di peringkat ladang sahaja dan daging babi (perut, daging dan lemak).
"Barangan harga terkawal untuk Hari Gawai pula adalah ayam hidup, kepak ayam, bawang putih China, kubis gelap import Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing, babi hidup dan daging babi dan lemak," katanya kepada pemberita di sini.
(Foto BERNAMA)