IPOH, 18 Januari- Pelantikan ahli politik bagi jawatan dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Perak, berdasarkan penilaian kelayakan, pengalaman serta kemahiran dalam bidang tertentu.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata penilaian itu menjadi elemen utama dalam memilih ahli politik menyertai GLC.
"Sepertimana di peringkat persekutuan juga iaitu orang yang dilantik ini adalah orang-orang yang pada pendapat kita mempunyai kelayakan.
"Katakanlah jika seseorang itu mahu mengisi jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Air Selangor (LAP), contoh dia ada latar belakang sebagai jurutera pada waktu sama dia adalah orang politik," katanya.
(Datuk Seri Saarani Mohamad)
Beliau berkata demikian dalam sidang media pada program Teduhan Kasih Anak-anak Perak, di sini hari ini.
Pada program itu, seramai 120 anak-anak yatim yang kematian ibu bapa akibat COVID-19, dipilih menerima sumbangan keperluan persekolahan daripada kerajaan negeri Perak.