fb fb fb fb fb

Perhimpunan aman: Anggota polis bersedia mengelak bantahan memuncak

 

BANGSAR, 22 Januari - Laluan- laluan utama di sekitar Bangsar sesak berikutan lencongan yang dilakukan Polis susulan penganjuran perhimpunan yang dikatakan ditukar ke Stesen Transit Aliran Ringan(LRT) Bangsar malam tadi.

Antara laluan yang sesak setakat jam 10 pagi tadi termasuk Jalan Maarof, Jalan Pantai Baharu serta susur keluar Lebuhraya Pantai Baharu (NPE) menuju ke Jalan Bangsar berikutan lencongan laluan berkenaan.

Antara laluan lain yang dilencongkan turut melibatkan dari Jalan Kuching, Jalan Kinabalu, Jalan Maharajalela, Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi dan Jalan Sultan Ismail.

Selain lencongan jalan, pihak pengoperasian stesen LRT, Transit Aliran Massa (MRT), monorel dan KTM juga membuat penghentian sementara operasi bagi beberapa stesen utama di sekitar ibu kota sejak pagi tadi.

Perhimpunan itu dijangka bermula pada jam 11 pagi ini.

11.00 pagi - Puluhan peserta perhimpunan mulai tiba di Stesen Transit Aliran (LRT) Bangsar bermula jam 10.45 pagi tadi.

Setakat ini keadaan masih terkawal dan selamat meski laungan peserta terus bergema.

Pihak polis dilihat sentiasa mengawal keselamatan serta ketenteraman awam disekitar kawasan terlibat.

11.10 pagi - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggerakkan Pasukan Simpanan persekutuan (FRU) di stesen tersebut dengan beberapa buah jentera bagi bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

Pegawai dan anggota polis dilihat dalam keadaan bersedia dan berkawal disekitar kawasan terbabit.

Semalam, media melaporkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan perintah melarang mana-mana pihak mengadakan  di tiga lokasi melibatkan Dataran Merdeka, Kompleks Sogo dan Masjid Jamek.

Manakala, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata polis tidak menerima sebarang notis permohonan bagi mengadakan perhimpunan itu daripada mana-mana pihak mahupun penganjur perhimpunan terbabit.

Menurutnya sejumlah 1,010 anggota polis akan ditempatkan di sekitar ibu negara bagi menjalankan tindakan pematuhan prosedur operasi standard, selain mengawasi keadaan. 

 

 

Media Baharu