PONTIAN, 22 Januari- Polis Johor mengeluarkan 60 saman ke atas para pemandu yang melakukan kesalahan memotong secara merbahaya, atau potong `Q’ di Kilometer 42.3 Jalan Johor Bahru – Batu Pahat, Pekan Nenas, Pontian, semalam.
Op Utama bermula pukul empat sehingga 6.30 petang itu dijalankan hasil aduan orang awam.
Ketua Polis Daerah Pontian, Mohammad Shofee Tayib memaklumkan, sebanyak empat saman turut dikeluarkan atas lain– lain kesalahan.
Operasi bertujuan mendisiplinkan pengguna jalan raya, supaya tidak menjejaskan aliran trafik, seterusnya memudahkan perjalanan pemandu–pemandu lain serta mengurangkan risiko kemalangan di kawasan tersebut.
Tindakan diambil mengikut Kaedah enam ( 1 ) LN 166 / 59.