fb fb fb fb fb

Langkawi Legendary Ride kembali September ini

LANGKAWI, 24 Jun- Selepas dua tahun ditangguhkan akibat penularan wabak COVID-19, acara berbasikal ikonik, Langkawi Legendary Ride akan kembali September ini.

Edisi kedua acara tersebut dijangka berlangsung pada 10 September, menyasarkan penyertaan 1,800 peserta.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sektor Perancangan dan Pembangunan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin berkata, Langkawi Legendary Ride 2022 telah berjaya menarik penyertaan 971 peserta.

Menurut penganjur kejohanan, Azura Zainol Abidin, format pertandingan yang mula diperkenalkan sejak 2019 itu masih dikekalkan untuk penganjuran tahun ini.

"Ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu Route 101 Legendary Ride dengan jarak 101 kilometer, Route 60 Eagle Ride dengan jarak 60 kilometer dan Route 30 Mahsuri Ride dengan jarak 30 kilometer," katanya.

(Foto hiasan)

Langkawi Legendary Ride 2019 sebelum ini telah berjaya menarik penyertaan penunggang basikal antarabangsa dari Singapura, Thailand, Jerman, Vietnam, Belanda, Amerika Syarikat dan Australia.

Media Baharu