fb fb fb fb fb

KBS, MBM gerakkan sukarelawan belia, pantau kenaikan harga barang

KUALA LUMPUR, 24 Jun- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil langkah proaktif menggerakkan belia sebagai sukarelawan di lapangan bagi memantau sebarang eksploitasi kenaikan atau lonjakan harga barangan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menerusi kenyataan bersama Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid berkata, Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) bersama MBM akan mengaktifkan sukarelawan belia di seluruh negara.

"Sukarelawan berkenaan akan melaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Ini adalah selaras dengan pengumuman terkini oleh kerajaan yang mengekalkan subsidi ke atas beberapa makanan asas," menurut kenyataan itu.

(Foto hiasan)

Kerjasama strategik berkenaan juga mampu menggerakkan belia bagi membantu kerajaan untuk memelihara dan melindungi kepentingan pengguna.

Media Baharu