fb fb fb fb fb

Langkah lindung pengeluar tempatan jika harga produk import turun

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga, Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Parlimen/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 16 Oktober - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memberi perhatian serius terhadap kemungkinan kemasukan produk import berharga rendah ke Malaysia, susulan pelaksanaan tarif tinggi oleh Amerika Syarikat terhadap beberapa negara.

Jelas Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz beberapa langkah penguatkuasaan telah diambil bagi melindungi pengeluar tempatan daripada persaingan harga yang tidak adil oleh pengeluar atau pengeksport luar negara.

Ini termasuk meminda Akta Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 atau Akta 504.

"Kita hendak melindungi industri tempatan daripada amalan perdagangan tidak adil melalui pelaksanaan langkah-langkah perdagangan seperti Akta Duti Timbal Balas dan Akta Lambakan 1993 peraturan-peraturan 23 Duti Timbal Balas dan Akta Lambakan 1994 serta Akta Pelindung 2006. Selain Peraturan Pelindung 2007 dan juga melalui obligasi antarabangsa.

"Baru-baru ini kita telah meminda Akta Duti Timbal Balas dan Akta Anti Lambakan 1993 yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat pada Ogos dan juga Dewan Negara pada September," katanya di Parlimen.

Beliau turut menyeru semua pihak industri agar terus bekerjasama rapat dengan kerajaan dalam memantau situasi pasaran, serta melaporkan sebarang tanda awal kemasukan produk yang boleh mengganggu keseimbangan pasaran domestik.

Beliau menjawab soalan ahli Parlimen Bagan semasa sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Parlimen. 

SITI AISHA MELISA YUHANIZ