fb fb fb fb fb

Kebolehpasaran graduan GiatMARA cecah 98.2 peratus

Rubiah Wang

KUALA LUMPUR, 16 Oktober- Kursus ditawarkan GiatMARA kekal relevan dan memenuhi keperluan industri semasa, sekali gus menyumbang kepada kadar kebolehpasaran graduan setinggi 98.2 peratus, kata Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang.

Beliau berkata pusat itu terus memainkan peranan sebagai institusi latihan teknikal yang berdaya saing bagi melahirkan tenaga mahir tempatan dan antarabangsa.

"Kita dimaklumkan bahawa dua kursus yang ditawarkan di GiatMARA Kuala Langat sangat mendapat permintaan dan sentiasa menerima permohonan. Namun, kapasiti setiap pengambilan terhad kepada 20 orang dengan dua sesi setahun," katanya.

Tambah beliau, permohonan mengikuti kursus turut menunjukkan peningkatan melalui Unit Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (UPTVET).

"Graduan GiatMARA bukan sahaja bekerja dalam industri tempatan, malah turut diterima di luar negara," katanya.

Rubiah berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (Kuala Langat) di Dewan Rakyat, hari ini.

 

SITI AISHAH BINTI MD ISA