fb fb fb fb fb

Laluan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis bergerak perlahan

GUA MUSANG, 21 April - Aliran trafik melalui jalan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis bergerak perlahan apabila kenderaan perantau bertali arus pulang bercuti menjelang sempena sambutan Aidilfitri sejak semalam.

Tinjauan di Hentian Gua Musang hingga ke Simpang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang mendapati laluan terbabit berlaku kesesakan dengan kenderaan pengguna jalan.

Menurut pengguna jalan raya, mereka tetap memilih laluan Gua Musang untuk pulang ke Kelantan meskipun menyedari akan berlaku kesesakan disebabkan lencongan jalan alternatif Gua Musang-Kuala Lipis yang telah dibuat pihak Jabatan Kerja Raya. 

"Ini pertama kali saya balik dengan motosikal. Kami bertolak pukul dari pukul 1.00 pagi sebab kesesakan dari lebuh raya karak sampai ke simpang Bentong sebab motor problem. Apa-apapun saya nak ucapkan semoga selamat sampai dan hati-hati lah sebab jalan jem dan jalan tak biasa lalu lagi kan kira hati2 lah belaka," kata Nuramiza Omar.

"Sebab mula tu memang nak lalu LPT, tapi ikut waze memang, bawa masuk sini juga tadi memang lalu jalan dalam jugalah dalam kawasan rumah orang. Tadi dah nampak kat situ memang sesak. Tapi nak buat macam mana kena lalu jugalah," kata Nur Amila Abdullah.

Sementara itu, seramai 350 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan  digerakkan dalam Op Prihatin bermula Selasa lalu hingga 1 Mei depan bagi memastikan kelancaran kepulangan perantau sempena sambutan musim perayaan di negeri ini.

(FOTO FAIL)

Pengarah APM Kelantan, Kolonel (PA) Mohd. Adzhar Mujab berkata, sepanjang tempoh itu, pihaknya menumpukan pemantauan di 29 laluan seluruh negeri ini untuk membantu perantau yang pulang berhari raya. 

"Setakat ini kita ada 29 laluan yang kita telah kenal pastilah. Di mana tempat-tempat yang kita lihat banyak keperluan untuk kita berada di sana untuk prihatin melihat atau membantu sekiranya ada kecemasan di sana. Jadi ops prihatin kita ada 'tagline' keprihatinan hati menjadi budi dia punya 'tagline'. Kita nak dalam keadaan sekarang masyarakat prihatin dengan orang sekeliling. Ada sebarang masalah kita boleh bantu," kata Pengarah APM KelantanKolonel (PA) Mohd Adzhar Mujab

Tambah Mohd Adzhar, operasi itu akan melibatkan enam pacuan empat roda dan ambulans yang sudah dilengkapi dengan kemudahan bagi membantu mereka yang memerlukan.

Katanya, sepanjang rondaan itu, anggota turut dibekalkan kit penyegaran yang mana mengandungi biskut raya, air dan roti untuk diberikan kepada pemandu kenderaan yang memerlukan.

Media Baharu