fb fb fb fb fb

Isi borang maklumat balik kampung, elak kejadian tidak diingini

SEREMBAN, 21 April - Orang ramai yang mahu pulang ke kampung diingatkan untuk mengisi borang maklumat balik kampung, sebagai langkah pencegahan daripada kes jenayah terutama membabitkan kes pecah rumah sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof tindakan itu penting bagi memudahkan anggota polis menjalankan pemantauan rondaan mencegah jenayah secara menyeluruh di kawasan berkenaan.

Setakat ini pihaknya menerima hampir 350 borang maklumat balik kampung.

"Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga mengalu-alukan masyarakat  untuk mengisi  borang balik kampung rumah selamat dimana pihak PDRM akan dapat maklum lah bahawa rumah rumah yang akan ditinggalkan dan tempoh yang akan ditinggalkan juga sekiranya berlaku sebarang kejadian kepada sesiapa yang kita boleh berhubunglah," kata Ahmad Dzaffir, di sini.

(Ahmad Dzaffir bercakap kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya
dan Op Bersepadu Hari Raya Aidilfitri di Plaza Tol Mambau, di sini)

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kira-kira 3,000 anggota polis negeri yang akan bertugas sempena sambutan perayaan kali ini.

Media Baharu