fb fb fb fb fb

Laluan berhampiran Jeram Toi masih selamat dilalui - JKR

FOTO: JKR NEGERI SEMBILAN


JELEBU, 3 Januari - Laluan di jambatan tiang sambut, FT086 berhampiran Jeram Toi, dekat Negeri Sembilan selamat dilalui untuk semua kenderaan.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan Ir Wan Hasnan Wan Musa berkata pihaknya yang menjalankan pemeriksaan di kawasan tersebut mendapati tiada pergerakan atau keretakan di tiang sambut jambatan berkenaan.

Beliau ketika dihubungi meminta orang ramai tidak menyebar dan berkongsi berita yang belum sahih bagi mengelak situasi panik dalam kalangan orang ramai.

Ir Wan Hasnan mengulas gambar yang tular di media sosial mengenai satu tiang sambut jambatan yang dikatakan mengalami kesan akibat hakisan tanah di Jeram Toi.

Tambah beliau lagi, JKR akan sentiasa memantau situasi jambatan itu dari semasa ke semasa.

Orang ramai boleh melayari Facebook rasmi JKR Negeri Sembilan bagi mendapatkan maklumat seperti penutupan jalan dan tanah runtuh.

 

-BERNAMA

Media Baharu