fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Johor terus meningkat kepada 3,841 orang

JOHOR BAHRU, 3 Januari - Jumlah penduduk terjejas banjir terus meningkat di Johor, melibatkan 3,841 penduduk daripada 1,008 setakat 8 pagi tadi.

Sebanyak 62 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, di enam buah daerah terjejas.

Menurut Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R.Vidyanathan memaklumkan, PPS paling tinggi menempatkan penduduk terjejas, ialah Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang, 502 orang, Sekolah KebangaanJenis Cina, Tah Kang, 319 orang dan Dewan Sekolah Kebangsaan Batu Anam, 256 orang.

Amaran banjir dipertingkat susulan Sungai Segamat dan Sungai Tangkak, berada pada paras bahaya.

Media Baharu