fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan peringkat bahaya, buruk dan waspada di kebanyakan negeri sehingga esok - MetMalaysia


PETALING JAYA, 3 Januari - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat bahaya, buruk dan waspada yang dijangka berlaku di kebanyakan negeri sehingga esok.

Negeri-negeri berkenaan adalah Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklum amaran hujan lebat berterusan (buruk) pula dijangka berlaku di Pahang melibatkan Jerantut, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin, selain seluruh Negeri Sembilan dan Melaka sehingga hari ini.

"Ia turut melibatkan lima daerah di Johor iaitu Segamat, Kluang, Mersing, Kulai dan Kota Tinggi, serta Sabah iaitu di Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

Hujan berterusan (waspada) dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang melibatkan Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh, manakala di Sabah pula melibatkan Pantai Barat (Tuaran, Ranau dan Kota Belud) dan Sandakan (Kinabatangan) sehingga Selasa", menurut kenyataan itu

Situasi sama turut dijangka berlaku di Perak melibatkan Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim, selain Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang akan berterusan sehingga hari ini.

 

Media Baharu